Tuesday 9 December 2014

Oriental Herbal Nutrien (OHN)
Terdapat dua jenis OHN iaitu:
a) Ekstrak dari kayu manis/angelica acutiloba, licorice and kamchoo.
Bahan-bahan dan alatan yang diperlukan:
i) Kayu manis/licorice/kamchoo.
ii) Tuak (15% alkohol)
iii) Spirit (30% alkohol)
iv) Gula Merah
v) Balang
Cara membuatnya:
i) Masukkan kulit kayu manis (1/3 bahagian bekas).
ii)Masukkan tuak sehingga tenggelam kulit kayu manis.
iii) Tutup balang dengan kertas, ikat dan simpan selama 24 jam.
(iv) Selepas 24jam, masukkan gula merah sama banyak dengan campuran i) dan ii) dan ditutup dengan kertas.
(v) Biarkan 4-5 hari sehingga tiada bau "medicinal smell".
(vi) Kemudian masukkan spirit dan tutup dengan ketat. Biar selama 7-10 hari.
(Vii) Tapis cecair dan ekstrak semula sehingga 3-5 kali seperti proses di atas atau semasa langkah 6 campuran itu boleh ditambah dengan spirit sebanyak 3-5 kali dan tapis selepas 7-10 hari.
b) Ekstrak dari bawang putih/halia.
Bahan-bahan dan alatan yang diperlukan:
i) Halia/bawang putih
ii) Gula merah.
iii) Balang.
iv) Rubberband/tali.
Cara membuatnya:
i) Hali/bawang putih dihiris.
ii) Masukkan ke dalam balang.
iii) Campurkan gula merah sama banyak kadar 1:1
iv) Tutup dengan kertas dan ikat.
v) Simpan di tempat redup selamat 5-7 hari.
vi) Tapis dan simpan di dalam bekas/sedia untuk digunakan.
Kebaikan OHN.
i) Meningkatkan kandungan nutrien tanah.
ii) Meningkatkan kesuburan tanaman.
iii) Mengubat dan mencegah dari serangan kulat.
iv) Membantu metabolisma tanaman.
Cara menggunakan OHN.
Campuran OHN pelbagai jenis dan kadar 2:1:1:1 iaitu 6 angelica, 3 kayu manis, 3 licorice, 3 bawang putith dan 3 halia.
Campuran 18 liter air dengan 18ml campuran OHN di atas.





No comments:

Post a Comment