Thursday 8 January 2015

PENYEDIAAN INDIGENOUS MICROORGANISM (IMO)
Bahan-bahan yang diperlukan:
Nasi sejuk (Nasi dingin)
Gula merah
Air beras
Dedak beras (rice bran)
Peralatan:
Bekas kayu/plastiK/seramik (Kedalaman bekas sekurang-kurang 10 sm)
Tali
Kertas putih
Cara membuatnya:
(i) Nasi diletakkan dalam bekas (setinggi 7 sm ). Tutup dengan kertas dan ikat
dengan tali.
(ii) Letakkan bekas tadi
- di bawah pokok buluh disungkup dengan daun buluh atau
- jerami padi atau
- daun kering selama 2 - 3 hari. Tutup dengan pelindung hujan
(ii) Nasi yang telah difermentasikan dikenali IMO 1 - diselaputi maiselium berwarna
putih digaulkan dengan gula merah dengan kadar (1: 1) isipadu.
(iv) Simpan campuran di atas di dalam bekas selama 5 hari dan ditutup dengan
kertas.
(v) Hasilnya dikenali sebagai IMO 2 dan berwarna perang serta melekit.
(vi) Ambil 1 gm IMO 2 + 10 kg dedak beras + 2 liter air beras (yang diperam 3 hari)
dengan kelembapan 65%. Kemudian ditutup dengan jerami/guni/daun pisang
dan dibiarkan 3 - 5 malam dikenali IMO 3.
(vii) Campurkan 1 bahagian IMO 3 dan 1 bahagian tanah dengan kelembapan
65%. Tutup dengan jerami/guni/daun pisang dan dibiarkan 3 - 5 hari dikenali
IMO 4.
(viii) Campurkan IMO 4 + tahi ayam kadar 1:10 dengan kelembapan 65%. Balikkan
selepas seminggu. Selepas dua minggu boleh digunakan sebagai IMO 5 dengan
kadar 2 - 3 tan/ha.
(Sekadar gambar hiasan)





Calcium Phosphate
(a) Tulang (P Ca)
Bahan-bahan yang diperlukan:
Tulang
Cuka asli (cuka beras/cuka nipah/cuka kelapa)
Kertas putih
Rubberband/tali
Bekas Kaca/plastik
Cara membuatnya:
(i) Bakar tulang sehingga menjadi warna putih.
(ii) Campurkan tulang dan cuka asli kadar 1:10 (kg).
(iii) Tutup dengan kertas dan ikat.
(iv) Simpan selama 30 hari dan tapis.
(v) Simpan dalam bekas kaca/plastik.
(b) Kulit Telur (Ca P)
Bahan-bahan yang diperlukan
Kulit telur bakar
Cuka asli (cuka beras/cuka nipah/cuka kelapa)
Kertas puteh
Rubberband/tali
Bekas kaca/plastik
Cara membuatnya:
(i) Bakar kulit telur.
(ii) Campurkan kulit telur dan cuka kadar 1:10(kg).
(iii) Tutup dengan kertas dan ikat.
(iv) Simpan selama 30 hari dan tapis.
(v) Simpan dalam bekas kaca/plastik.
(Sekadar gambar hiasan)









Fermented Fruit Juices (FFJ)
Bahan-bahan yang diperlukan:
Buah-buahan yang masak dan manis – rambutan, mangga, pisang, dokong,
betik dan lain-lain
Gula merah
Kertas putih
Rubberband/tali
Bekas seramik/plastik
Cara membuatnya:
(i) Potong buah-buahan, gaulkan dengan gula merah (1:1) dan masukkan
dalam bekas (2/3 bahagian bekas).
(ii) Tutupkan dengan kertas dan ikat dengan rubberband.
(iii) Simpan di tempat redup selama 5 – 7 hari dan tapis.
(iv) Cecair ini disimpan di dalam bekas sehingga 2/3 penuh dan jangan ditutup
ketat.
(Sekadar gambar hiasan)






Fish Amino Acid (FAA)
Bahan-bahan yang diperlukan
Ikan (Tulang/perut/kepala ikan)
Gula merah
Kertas putih
Rubberband/tali
Bekas seramik/plastik
Cara membuatnya:
(i) Ikan dipotong dan digaul dengan gula merah dengan kadar 1:1 kg.
(ii) Masukkan dalam bekas (2/3 bahagian bekas).
(iii) Tutup dengan kertas dan ikat dengan rubberband.
(iv) Simpan ditempat redup selama 1 bulan.
(v) Tapis dan simpan cecair baja di dalam bekas 2/3 penuh dan tutup (jangan
terlalu ketat).
(Sekadar gambar hiasan)




PENYEDIAAN KOMPOS
Cara-cara penyediaan kompos adalah seperti di bawah:
Bahan-bahan yang diperlukan;
IMO 4 (2 bahagian)
Tahi ayam/tahi lembu/tahi kambing (5 bahagian)
Hampas kelapa sawit/jerami padi/sisa tanaman (10 bahagian)
Air
Cara membuatnya:
(i) Letakkan hampas kelapa sawit (mesocarp fiber/ EFB Empty Fruit Bunch)
setebal 10 sm di atas tanah.
(ii) Siram dengan air sehingga mencapai kelembapan 65 %.
(ii) Taburkan IMO 4, tahi ayam, lapiskan dengan hampas kelapa sawit dan
siram.
(iv) Buatkan lapisan seterusnya seperti diatas sehingga mencapai ketinggian
60 - 70 sm.
(v) Letakkan sungkupan plastik/jaring. Balikkan bahan setiap minggu.
(vi) Lepas 3 minggu bahan-bahan ini akan bertukar menjadi kompos.
(Sekadar gambar hiasan)


Proses menyemai biji benih.
1. Rendam biji benih di dalam larutan air yg di campur pencambah benih selama tidak lebih 3 jam.
2. Ambik surat khabar dan renjiskan air dari rendaman tadi sehingga lembab.
3. Letakkan biji benih yg telah direndam tadi di atas surat khabar tadi dan lipat.
4. Simpan lipatan surat khabar bersama biji benih di dlm bekas kedap udara selama 3 hari.
Wap air akan terbentuk di dalam bekas simpan lipatan tadi.
5. Pada hari ke 3 buka bekas simpanan tersebut dan lihat samada biji benih yg di semai sudah mengeluarkan tunas dan akar.
6. Jika ada biji benih yg belum bercambah, simpan kembali ke dalam bekas dan tunggu sehinga cukup 5 hari. Sekiranya benih tidak bercambah sehingga cukup 10 hari, maknanya benih tersebut telah rosak.
7. Sekira benih sudah bercambah seperti di dalam gambar di bawah, boleh lah di pindahkan ke dalam tray semaian dan di semai bersama peatmoss.
8. Benih yg sudah tumbuh bersama 3 pucuk daun selepas 2 minggu baru bole di pindah ke dlm polybeg atau pasu atau tanah.
Selamat mencuba.