Thursday 8 January 2015

PENYEDIAAN INDIGENOUS MICROORGANISM (IMO)
Bahan-bahan yang diperlukan:
Nasi sejuk (Nasi dingin)
Gula merah
Air beras
Dedak beras (rice bran)
Peralatan:
Bekas kayu/plastiK/seramik (Kedalaman bekas sekurang-kurang 10 sm)
Tali
Kertas putih
Cara membuatnya:
(i) Nasi diletakkan dalam bekas (setinggi 7 sm ). Tutup dengan kertas dan ikat
dengan tali.
(ii) Letakkan bekas tadi
- di bawah pokok buluh disungkup dengan daun buluh atau
- jerami padi atau
- daun kering selama 2 - 3 hari. Tutup dengan pelindung hujan
(ii) Nasi yang telah difermentasikan dikenali IMO 1 - diselaputi maiselium berwarna
putih digaulkan dengan gula merah dengan kadar (1: 1) isipadu.
(iv) Simpan campuran di atas di dalam bekas selama 5 hari dan ditutup dengan
kertas.
(v) Hasilnya dikenali sebagai IMO 2 dan berwarna perang serta melekit.
(vi) Ambil 1 gm IMO 2 + 10 kg dedak beras + 2 liter air beras (yang diperam 3 hari)
dengan kelembapan 65%. Kemudian ditutup dengan jerami/guni/daun pisang
dan dibiarkan 3 - 5 malam dikenali IMO 3.
(vii) Campurkan 1 bahagian IMO 3 dan 1 bahagian tanah dengan kelembapan
65%. Tutup dengan jerami/guni/daun pisang dan dibiarkan 3 - 5 hari dikenali
IMO 4.
(viii) Campurkan IMO 4 + tahi ayam kadar 1:10 dengan kelembapan 65%. Balikkan
selepas seminggu. Selepas dua minggu boleh digunakan sebagai IMO 5 dengan
kadar 2 - 3 tan/ha.
(Sekadar gambar hiasan)





No comments:

Post a Comment